*** Masak Dari Hati..Masak With Iman ***!

Sunday, May 25, 2014

Body Mass Index (BMI)...

Assalamualaikum dan Selamat pagi.....

BMI ?? Body Mass Index (BMI) merupakan suatu pengukuran yang menunjukkan hubungan antara berat badan kita dengan tinggi badan kita. Ramai yang pernah dengar BMI ni kan?? tapi tak ramai yang menggunakan formula Bmi ... Ramai yang beranggapan bila dah kurus berat badan mereka sudah cukup ideal...BETUL KE??? jom kita kongsi ilmu berkenaan dengan BMI ...


Apa Itu BMI??
BMI merupakan suatu rumus matematika dimana berat badan seseorang (dalam kg) dibagi dengan tinggi badan (dalam m²).
Dalam ayat mudahnya BMI adalah ukuran objektif yang digunakan untuk mengkalisifikasikan seeorang itu sama ada obese atau tidak...

Kepentingan mengetahui obese atau tidak?? 
Obesity akan mempengaruhi risiko seeorang itu untuk mendapat penyakit. Obesiti ialah simpanan lemak berlebihan berbanding jisim tubuh teras . Simpanan lemak berlebihan boleh menyebabkan risiko seseorang untuk mendapat penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi meningkat.


Bagaimana Mengira BMI??



Index Jisim Badan 




p/s: Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Kita amat jarang menilai kandungan nutrisi dalam makanan yang diambil sama ada baik atau tidak untuk kesihatan, oleh itu sebelum terlambat wajar untuk kita sedar akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik. :)

Monday, May 5, 2014

Diet Dan Cara Pemakanan Rasulullah


Alhamdulillah pada hari ini masih diberi peluang untuk bernafas, Hari ini fara ingin kongsikan diet dan cara pemakanan Rasulullah SAW .

Dalam Islam, Allah telah memilih Rasulullah untuk menjadi model peranan kepada seluruh alam sejagat. Di antara perbuatan Rasulullah yang perlu diikuti dan dihayati bersama adalah dari aspek etika diet Rasulullah ataupun tatacara pemakanan sihat Rasulullah.

Diet Rasullulah saw menyebabkan beliau Rasullulah saw tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya-Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, kita takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

  • Jangan makan SUSU bersama DAGING 
  • Jangan makan DAGING bersama IKAN 
  • Jangan makan IKAN bersama SUSU 
  • Jangan makan AYAM bersama SUSU 
  • Jangan makan IKAN bersama TELUR 
  • Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD 
  • Jangan makan SUSU bersama CUKA 
  • Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL 


CARA MINUM RASULULLAH


“Sesungguhnya Rasulullah saw minum air zamzam sambil berdiri. “(Diriwayatkan oleh Ahmad bin Mani’, dari Husyaim, dari `Ashim al Ahwal dan sebagainya,dari Sya’bi, yang bersumber dari Ibnu `Abbas r.a.)


“Sesungguhnya Rasulullah saw menarik nafas tiga kali pada bejana bila Beliau minum. Beliau bersabda : “Cara seperti ini lebih menyenangkan dan menimbulkan kepuasan.”(Diriwayatkan oleh Qutaibah bin Sa’id, dan diriwayatkan pula oleh Yusuf bin Hammad,keduanya menerima dari `Abdul Warits bin Sa’id, dari Abi `Ashim, yang bersumber dari Anas bin Malik r.a.)

Sunday, May 4, 2014

Nasi Kerabu Kelantan

Assalamualaikum dan morning morning  :)

Hari ini agak special sikit... sebab fara nak kongsikan resepi Nasi Kerabu Che Siti Wan Kembang. Cara buat Nasi kerabu ini agak cerewet sikit. Kalau time cuti sekolah je mesti bonda fara akan buat nasi kerabu ini opsss bonda yang buat BUKAN fara ..... fara hanya mendengar arahan bonda  jee.. biasa la Novice chef la dikatakan....

Kali ini fara kongsikan resepi dari kak Ngah  fara yang di olah dengan lebih simple....Klik Sini lau nak view website angah fara ... Walaupun fara tidak mahir lagi nak buat nasi kerabu ini tapi rasa rugi pula kalau tak dikongsi resepinya dengan kawan-kawan.. walaupun ianya bukan dariku sendiri :'( sedihhhh..




























A – Kerabu Kelapa
Bahan-Bahan :-
1biji Kelapa Parut
6 batang Serai (Lebih sikit pun tak apa..lagi sedap baunya)
4 Biji Bawang Merah Besar (terpulang pada size bawang yer)
3  Ikan Kembung Rebus
Gula dan Gara Secukup Rasa
resepi nasi kerabu simple
Cara-Cara :-
- Kelapa Parut digoreng tanpa minyak hingga kekuningan
- Tumbuk kelapa parut goreng tadi dengan segera ketika masih panas untuk menghaluskan strukturnya.Ditumbuk sekejap jer…tak perlu lumat.
- Kisar 4 batang Serai bersama Bawang Merah, Gula dan Garam…setelah serai menjadi halus…masukan ikan rebus yang telan dibuang tulangnya dan dikasar hingga sebati…Sebenarnya kalau tumbuk dengan lesung lagi best tapi saya jenis malas nak leceh2 nih….main blend jer….
- Akhir sekali….gaulkan kelapa yang ditumbuk tadi bersama bahan2 yang dikisar…DONE….Kerabu Kelapa..simple jer kan…
B – Sambal Tumis
Bahan-Bahan :-
1 Cawan Santan Pekat
2 batang Serai Diketuk  (Lebih sikit pun tak apa..lagi sedap baunya)
2 Sudu Besar Cili Giling (kalau suka pedas boleh lebihkan cili)
3 Biji Bawang Besar dan 3 Ulas Bawang Putih yang dikisar halus
3 Sudu Besar Budu
2 Keping Asam Gelugur
Gula dan Garam Secukup Rasa
Sedikit Minyak untuk menumis
resepi sambal nasi kerabu
Cara-Cara :-
- Panaskan minyak dan tumis Cili Giling bersama Bawang Merah dan Bawang Putih yang telah dikisar tadi.
- Masukan Gula dan Garam secukup rasa kena dengan selera anda.
- Bila dan naik bau..masukan Budu…kalau jenis yang allergik……tak guna Budu pun boleh..
- Masukan Santan dan Serai serta Asam Gelugur tadi.
- Tambahkan segelas air  dan biarkan mendidih sehingga Santan pecah minyak dan sambal menjadi pekat…SIAP…

C – Ulam
Tiada jenis sayuran spesifik..janji ulam tuh kegemaran anda….
Biasanya saya guna Kubis, Kacang Panjang, Timun Batang, Taugeh, Duan Kesum dan Bawang Besar…..OPSSS..jangan lupa Limau Nipis sebagai pembangkit  rasa.

D- Lauk Pauk 
Pun tak ada yang spesifik…selalunya kalau masak tidak dirancang nih..saya bedal jer apa yang ada kat dalam freight tu…
Selalunya orang suka makan nasi kerabu nih dengan Daging Bakar, Ikan Kembung Goreng Celup Tepung, Telur Masin dan Ayam Goreng.

E – Keropok Ikan
Haa….yang nih saya selalu simpan stock kat rumah…memang best makan dengan nasi kerabu.

DAN…Orang Kelantan memang nak kena ada BUDU….even Sambal Tumis tuh dah ada Budu….



Thursday, May 1, 2014

Coklat Cute

Assalamualaikum...


Coklat Cute??? xtahu nak letak nama apa....



Perkara asas lau nak buat sebarang coklat adalah acuannya, acuann yg ni xsampai rm10 pun. Boleh dapatkan di kedai2 kek berhampiran pasaraya atau secara online. Fara pernah buat order di Pandan Bakeri n harganya amat berpatutan. Disini fara kongsikan satu resepi menggunakan acuan yang pelbentuk .

Cara buatnya pun senang je double boiling kan coklat putih + pewarna dan tuang kedalam acuan secara berperingkat. 





Anaksaudaraku AKA testimoni
resepi bagi Coklat bunga

Bahan-Bahannya..

1  Acuan Bunga
300 gm coklat putih kompaun ( dicairkan)
50 gm coklat strawberi kompaun (untuk kelopak bunga)
pewarna hijau dan kuning.


Cara membuat :

1. Double boilingkan coklat putih + pewarna kuning.

2. Masukkan acuan coklat itu pada ruang bulatan (tengah bungan) yang          disediakan.  Bekukan 3minit di dalam peti sejuk.
3. Masukkan pula coklat strawberi yang telah dicairkan pada kawasan             kelopak bunga yang disediakan. pastikan tidak melimpah ke kawasan         lain. Bekukan 5minit .
4. Letak batang lolipop di tengah2 acuan coklat.
5. Akhir sekali coklat putih + pewarna hijau ( dicairkan ) dituang ke                 kawasan daun.
6. Bekukan coklat di dalam peti sejuk selama 15 minit, keluarkan dari               acuan dan hidangkan.


Saturday, April 26, 2014

Nasi Minyak Ganu

Tweet tweet...

Assalamualaikum ....

Hari ini fara nak kongsikan satu resepi istimewa Nasi Minyak yang biasa fara sediakan bila kami satu family berkumpul reramai .. Memang best sesangat makan ramai-ramai ni, lebih berkat tau :)  ... Resepi ni diajar oleh bonda tercinta, bonda pula belajar dari kawannya yang ada catering di kampung kami .... Resepi ini agak cerewet tetapi memang kowww 

nasi minyak ni memang popular sebagai breakfast di terengganu, gerai mana2 pun mesti ada jual nasi minyak punya.... tak kira la siang atau malam kira favorite orang terengganu la... lau buat nasi minyak memang wajib ada acar timur n gulai ayam... 


Bahan-Bahan Nasi

1.  1 kg beras = 1liter air (Biasanya guna beras siam / bathmati sbb nasi            xmudah lembik kalau terlebih air)
2.  3 jenis minyak .. 3 sudu besar besar butter cup , 3 sudu besar besar              minyak sapi , minyak masak.
3.  3 helai daun pandan dicarik2 dan disimpul.
4.  3 sudu besar oren sunquick
5.  Rempah 4 serangkai.. kulit kayu manis, bunga cengkih ,bunga lawang dan        buah pelaga.
6.  3 Biji bawang merah dan bawang putih (di mayang) 
7.  1 kiub pati ayam
8.  1 sudu kunyit debu. 
9.  1/2 susu cair
10.  kismis 

Cara-Caranya 

1.  Panaskan ketiga-tiga jenis minyak tersebut. 
2.  Masukkan daun pandan + sunquick + rempah ratus + Bawang, tumis              sehingga naik bau.
3.  Masukkan susu cair 
4.  Masukkan air , kiub pati ayam dan kunyit, garam gula sedikit... kacau              seketika..
5.  Masukkan beras yang telah siap dibasuh.
6.  Bila air sudah kering masukkan pula kismis. kaub balikkan.
7.  Untuk dapatkan warna yang menarik. Apabila nasi sudah masak, padamkan      api.  Tuangkan satu sudu sirap atau lebih secara selang seli kaub balikkan      nasi sehingga rata. 

SIAPPPP......

Acar timun dan Gulai ayam buat macam biasa...jika ada kesempatan inshaAllah akan diupdate dalam post akan datang...








Thursday, April 17, 2014

Bihun Goreng Singapore

Assalamualaikum......

Morning...morningggg......

Sebagai novice chef sudah pasti resepi-resepi yang fara kongsi pun simple2 je...... fara buat bihun ni masa cuti mid term hari tuu..... biasa la duk kolej ni payah sikit nak masak.... 

Bihun goreng singapore ni memang simple dan mudah sangat nak buat..tapi rasanya fara suka...



BAHAN-BAHAN


1.    1 pek bihun (rendam air 30minit sebelum masak)
2.    1 1/2 labu bawang putih (kisar)
3.    2 biji Telur yang goreng hancur
4..    2 sudu Besar sos tiram
5.    Udang kering ( tumbuk pecah2 )
6.    2 sudu besar Lada hitam (Jika suka pedas boleh  tambah lagi).
7.    1 gelas air panas 
7.    Lobak @ sebarang sayur-sayuran.
8.    Lada besar di mayang halus.(hiasan)







CARA-CARA

1.  Panaskan kuali masukkan minyak. 
2.  Masukkan bawang putih yang di kisar  tumis seketika.
3.  Masukkan kesemua udang kering dan separuh lada hitam. Tumis lagi hingga naik bau.
4.  Masukkan 1 gelas air , masukkan sos tiram, garam secukup rasa. masukkan 1 sudu kecil gula (bagi orang      kelantan mmg ada gula walau sedikit dlm masakkan mereka ) . bagi penggemar ajinamoto @ secukup          rasa boleh la masukkan pada waktu ni...
5. Masukkan Bihun dan kacau hingga sebati dengan tumis.
6. Masukkan telur yang digoreng hancur bersama separuh lagi lada hitam dan hirisan lada...

Tadaaaaaaa.................



Ini lah rupa Bihun Goreng Singapore fara.....agak-agak lulus tak nak jadi menantu makcik2 ?? hehe


Thursday, April 10, 2014

Dadih Express

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Malam ini... fara akan kongsikan cara membuat dadih yang sememangnye ekspress dan cepat...
Fara buat dadih ni 2 hari lepas..almuklumlah sekarang kat kampung...cuti mid term...








































BAHAN-BAHAN

 


1.   3000ml air 
2.   1 Pek dadih. sebolehnya pilih yang brand "Green Grass" 
3.   1 Tin susu cair 
4.   100gram gula pasir
5.   1/2 sudu kecil Pewarna Star brand (agar warna lebih terang dan cantik)




Panaskan air bersama gula hingga mendidih



















Masukkan susu cair..











Apabila sudah mendidih padamkan api. Masukkan serbuk dadih dah kacau perlahan-lahan...







Selepas itu boleh la tuangkan dadih kedalam bekas yang perbagai bentuk....


Resepi Asal boleh didapati di belakang pek dadih:)

SELAMAT MENCUBA




Friday, April 4, 2014

Piramid Makanan

Assalamualaikum dan selamat malam..

Hari ini fara akan ceritakan pasal pemakanan yang seimbang berdasarkan piramid makanan...
Namun bila duk hostel ni payah sikit nak seimbangkan pemakanan tambahan harga barang semua naik sekarang  :'(


Apakah Piramid Makanan?
Piramid makanan merupakan panduan bagi memilih makanan secara sihat. Makanan yang
dimakan seharian perlu diambil paling banyak daripada kumpulan makanan di bahagian 
paling bawah Piramid, dan paling sedikit daripada kumpulan makanan di bahagian paling atas.

ARAS 1
Bijirin, Hasil Bijirin dan Ubi-ubian
  •  kumpulan makanan yang kaya dengan karbohidrat.
  • Merupakan sumber tenaga yang utama.
  • Contoh makanan bagi kumpulan ini adalah :-
    •  nasi, bubur, mi, mihun, roti, pasta, bijirin sarapan, capati, thosai, biskut, dan ubi keledek, keladi dan kentang.

ARAS 2
Sayur-sayuran dan Buah-buahan

  •  Makanan ini kaya denganvitamin, mineral dan serat.
  •  Makanlah buah-buahan dan sayur-sayuran dengan banyak.
  • pelbagaikan pilihan di dalam setiap hidangan.

ARAS 3
Daging, Ayam, Ikan dan Kekacang

  •  Makanan ini kaya dengan protein, vitamin B, zat besi, zink dan magnesium. 
  • Pilihlah daging rendah lemak dan buang semua lemak yang kelihatan pada daging dan ayam. 
  • Contoh kekacang adalah kacang soya dan hasilnya (seperti tauhu dan tempe), kacang dhal dan kacang merah.
Hasil Tenusu
  • Contoh hasil tenusu ialah susu, keju dan dadih. Makanan ini kaya dengan protein, kalsium dan biasanya diperkaya dengan vitamin D.

ARAS 4
Lemak, Minyak dan Gula
  • Lemak, minyak dan gula, juga makanan yang kaya dengan bahan ini terletak di Aras 4 Piramid.

Tuesday, March 25, 2014

Coklat Hati RIndu

Assalamualaikum.....

Coklat Hati Rindu.... Rindu ke?? 



Perkara asas bagi nak buat coklat ni mestilah acuannya... ini acuan coklat hati rinduuuu...





















Bahan-Bahannya..

300 gm coklat putih kompaun

200 gm coklat gelap kompaun dicairkan berasingan

50 gm coklat strawberi kompaun

100 gm badam cincang (dibakar dahulu)


20 gm pes kacang hazel



Cara membuat :

1. Bagi membuat lapisan pertama, titikkan coklat strawberi ke dalam acuan yang berbentuk hati. Bekukan seketika di dalam peti sejuk.
2. Untuk lapisan kedua, masukkan 50 gm badam ke dalam coklat putih dan kacau sebati, tuangkan coklat ke atas lapisan pertama dan bekukan di dalam peti sejuk selama 10 minit.(tuangkan sehingga 1/2 acuan pun cantik)
3. Bagi menghasilkan lapisan ketiga, masukkan 50 gm badam dan 20 gm pes kacang hazel ke dalam coklat gelap. Kacau sebati dan tuangkan coklat ke atas lapisan kedua.
4. Bekukan coklat di dalam peti sejuk selama 20 minit, keluarkan dari acuan dan hidangkan.


Wednesday, March 19, 2014

Kek Karamel aka Kek Chiffon Kastard

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Kek chiffon...memang lembut n gebu tapi kek ni la yg paling sukar n sensitip sangat..mana2 kek chiffon pun bahan asasnya wajid ada cream of tartar. Sedikit info Cream of Tartar terhasil daripada asid tartarik dan bersifat asid. Biasanya serbuk ini dicampurkan dalam putih telur untuk membuat meringue. Ianya juga digunakan untuk membuat chiffon cake & kek keju bakar.

First Tryer agak kurang menjadi

BAHAN-BAHAN


Lapisan gula hangus
60 gram Gula


Lapisan Kastard
95 gram Gula
1 cawan Susu cair
3 biji kuning telur
2 CamB tepung kastard


Lapisan kek Chiffon
Bahagian 1
100 gram Tepung berserbuk penaik “Blue Key”
55 gram Gula
35gram Minyak jagung
2 biji kuning telur
1 CamT perasa vanila
95 gram Air
Bahagian 2
5 biji putih telur
55 gram Gula


CARA-CARANYA

lapisan gula hangus
1. Bakar gula didalam tin pembakar 22cm x 22cm x 4cm dengan api yang perlahan sehingga menjadi cair dan mendidih. Biarkan ia sejuk dn keras
Lapisan kastard
2. campurkan kesemua bahan dan rehatkan sebentar
lapisan Kek chiffon
3. Ayak tepung serbuk penaik. campurkan gula bahagian satu ,minyak,kuning telur, perasa vanila dan air pukul sehingga sebati dan masukkan tepung. Gaul sehingga adunan menjadi halus dan lembut.
4. Didalam mangkuk lain, pukul putih telur sehingga kembang dan masukkan gula bahagian 2 perlahan-lahan dan pukul lagi sehingga lembut dan pekat (apabila kite terbalikan adunan tadi dia tidak jatuh)
5. Masukkan adunan tepung No.3 kedalam putih telur dengan perlahan-lahan dan putar adunan agar menjadi sama rata dan sebati.
6. Tuangkan lapisan kastard No.2 kedalam lapisan gula hangus. kemudian tuangkan adunan kek chiffon diatas lapisan kastard..
7. Letakkan tin pembakar kek kedalam dulang berisi air. kemudian masukkan dul;ang itu kedalam oven suhu 180c selama 45minit.
8. selepas membakar.biarkan kek tersebut seberapa ketika di dlm loyang tp jgn terlalu sejuk nanti kek turun n merekah.. selepas itu ambil sudip leper dan dengan perlahan-lahan keluarkan kek itu. Terbalikkan kek itu dengan permukaan gula hangus dibahagian atas. lapisan kastard ditengah dan lapisan kek chiffon dibawah.


Friday, March 14, 2014

Hilangkan Bau Hanyir Ayam



Bau hanyir pada masakan boleh mematikan selera. Kadang-kadang nak makan pun terasa payah untuk ditelan..jadi disini fara kongsikan petua-petua yang sering fara gunakan dirumah..



Hilangkan Hanyir Dan Lendir Ayam





1. Masukkan ayam yang telah dipotong kedalam bekas 
2. Masukkan gandung kedalam bekas ayam tersebut.
3  Rata-rata kan gandung masukkan sedikit sahaja air (pekat) 
4. Basuh keratan2 ayam satu persatu. Dan lendir ayam dengan sendirinya mudah di buang. 

Atau

Boleh juga perapkan ayam dengan limau nipis mahupun lemon. 

Selamat Mencuba..

Thursday, March 6, 2014

Asas Bakery




Terdapat berbagai jenis kek seperti kek mentega, kek span , kek chiffon, kek keju dan lain-lain. Kek yang berlainan jenis ini mempunyai kaedah membuatnya yang berlainan. Sebagai orang yang baru hendak belajar membuat kek, kita hendaklah tahu beberapa perkara penting dalam pembuatan kek ini. Antaranya ialah :


1. Mengenali bahan membuat kek.


Bahan-bahan yang biasa digunakan ialah tepung kek, gula kastor, mentega/majerin, telur, serbuk penaik, soda bikarbonat, serbuk koko dan sebagainya. Anda boleh pergi ke pasaraya atau kedai menjual bahan kek dan mengenali bahan-bahan ini.


2. Peralatan membuat kek


Peralatan yang penting ialah mixer(pengadun). Buat permulaan anda boleh gunakan pengadun tangan untuk membuat kek mentega, kek span dan lain.Peralatan lain ialah pemukul telur (whisk), scrapper, mangkuk pengadun, senduk dan lain-lain. Ketuhar juga sangat penting. Untuk menghasilkan kek yang cantik dan masak dengan rata, sebaiknya gunakan ketuhar bersaiz besar seperti Europa, Zanussi ,Elba dan lain-lain yang berharga dalam lingkungan RM1000.


3. Kaedah Asas


Untuk membuat kek mentega, kaedah yang digunakan ialah kaedah mengkerim. Kaedah mengkerim ialah memukul mentega dan gula hingga kembang dan gebu.Kemudian barulah dimasukkan telur dan bahan-bahan lain. Untuk membuat kek span pula, kaedah membuih (foaming) pula digunakan iaitu memukul telur dan gula hingga betul-betul kembang dan gebu, barulah dimasukkan bahan-bahan lain.





Lain-lain perkara yang perlu diketahui ialah :

(a). Setengah jam sebelum memulakan kerja, keluarkan mentega dan telur dari peti sejuk supaya berada dalam suhu bilik. Jika guna mentega yang keras, agak sukar untuk memukulnya. Telur yang sejuk pula lambat kembang. Sediakan bahan-bahan lain di atas meja.

(b). Panaskan ketuhar kepada 180 darjah celcius selama 15 minit sebelum memasukkan kek kedalamnya. Adunan kek akan bertindakbalas lebih cepat dalam ketuhar yang panas.

(d) Jangan buka pintu ketuhar Dalam 30 minit pertama , kek sedang naik dan mengembang.Jika dibuka ketuhar,haba akan keluar dan proses mengembang akan terbantut. Kek akan jadi mendap.

(e) Baca arahan dalam resipi dengan teliti untuk menentukan kaedah yang digunakan.

(f) Bahan-bahan kering seperti tepung kek, serbuk penaik, soda atau koko hendaklah diayak bersama.

(g) Buat resipi yang mudah dulu seperti Kek Mentega Vanila, Kek Mentega Oren dan lain-lain.

Kesimpulannya, jangan takut untuk bereksperimen. Tidak mengapa jika percubaan pertama anda tidak menjadi kerana anda mungkin membuat kesilapan di sana-sini.Tetapi anda perlu belajar dari kesilapan pertama itu dan memperbaikinya pada masa akan datang. Good Luck!